Salam Semua.
Selepas solat Zohor tadi Santai Sihat ke Pasar Raya Giant. Seksyen 13. Shah Alam untuk membeli kuih - muih di salah satu gerai di medan selera di situ tetapi ketika sampai kuih-muih belum tersedia dijual agaknya sampai terlalu awal, kuih yang adapun tidak banyak pilihan lagi. Kemudian Santai Sihat terus ke Pasar Ramadan yang terletak bersebelahannya, iaitu di tapak Pasar Tani (Ahad), di sinipun hanya beberapa gerai sahaja yang siap dibuka yang lainnya sedang bersiap-siap, Bukan setiap kali kita datang awal itu menguntungkan, kekadang menyusahkan kerana nak kena tunggu, kemudian patah balik ke Giant ke gerai tadi, kali ini kuih-muihnya tersedia dengan banyaknya.
Selepas membeli kuih. Santai Sihat pergi pula ke Seksyen 7. Ketika sampai Pasar Ramadan di sini 50% daripada gerai di sini telah siap dengan barang jualan mereka dan sebahagiannya sedang bersiap-siap. Lauk pauk dibeli di sini, selepas itu bertolak pula ke Seksyen 20. Ketika sampai di sini jam menunjuk pukul 4.00 petang. Nampaknya semua gerai dah siap dan telah memulakan jualan. Di sini Santai Sihat membeli ayam percik kemudian barulah bertolak balik.
Sebenarnya rondaan itu bukanlah hendak membeli sangat tetapi lebih kepada rondaan ingin mengetahui suasana Pasar Ramadan di sini, maklumlah orang baru di Shah Alam ini.

Suasana peniaga-peniaga sedang memasang khemah dan menyediakan makanan yang hendak dijual ketika ini baru jam 3.00 petang. Pasar Ramadan di tapak Pasar Tani ( Ahad ) di tapak letak kereta Stadium Malawati, Seksyen 13. Shah Alam.
Pasar Ramadan di Seksyen 7. Lokasinya
berhampiran dengan Surau/Masjid.
Pasar Ramadan Seksyen 20.
Sekian. Wassalam.