Rabu, 1 Jun 2011

Henti keaktifan facebook.

Henti keaktifan facebook/Deactivate facebook.
(Artikel untuk facebook)

Saya menulis artikel ini ketika keinginan untuk mengaktifkan semula
facebook yang sedang dihentikan keaktifannya, Setelah saya siap
menguruskan proses mengaktifkan semula,tiba-tiba dia menyatakan bahawa
saya perlu menunggu 24 jam untuk mengaktifkan semula facebook
saya.Kebiasaannya tidak demikian, agaknya ia tidak menggalakkan saya
berbuat demikian pada masa akan datang.Kali kedua saya membuat semakan
saya dimaklumkan seperti berikut;

"You'll have to wait 23 hours and 54 minutes to reactivate. We'll send
you an email letting you know when your wait time is over".

Maka saya pun terpaksalah menunggu seperti yang diarahkan, masa yang
digunakan untuk melayan facebook bolehlah digunakan untuk kegiatan lain
yang mungkin lebih bermanfaat.Sesuatu yang telah biasa sukar hendak
ditinggalkan kerana ianya telah menjadi adat kepada kita, kalau pada
masa dahulu kita ketagih membaca surat khabar tetapi setelah kita
membiasakan diri dengan membaca laman sesawang, barulah kebiasaan itu
dapat ditinggalkan dan melekat pula pada laman sesawang tersebut,
termasuklah facebook dan twitter.

Ramai manusia kini hidup dalam dua alam iaitu alam nyata dan alam
maya.Dunia alam maya juga sangat luas dan bitara cakupan
maklumatnya.Dunia memerlukan berbagai kepakaran untuk memaju dan
mengembangkan bidang ini. anak muda masih belum terlambat untuk
menerokai bidang ini, kiranya anda minat anda akan hidup ceria dan
berketrampilan dengan menceburi bidang tersebut.

Artikel ini tidak bercadang untuk menghuraikan apa yang terdapat di
dalam alam maya yang dimaksudkan, artikel ini sekadar menjelaskan
betapa dunia sekarang telah berbeza dengan zaman dahulu iaitu zaman
sebelum abad yang ke-21. Abad yang ke-21 seolah-olah kehadirannya
membawa ujian yang besar kepada generasi muda, mereka diuji untuk
menilai dan memilih jalan yang selamat kerana alam nyata dan alam maya
masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan. Penilaian yang teliti
sebelum membina identiti diri akan membawa mereka ke arah kecemerlangan.

Sekian.

Isnin, 10 Januari 2011

Ingat pada yang Satu.

Salam semua.

Kalau engkau manusia, mengapakah bayi dibuang di tepi jalan.
Kalau engkau insan, mengapakah anak dibiarkan.
Kalau engkau bukan hilang akal ,mengapakah anak ditinggalkan.
Kalau engkau berakal, mengapakah anak isteri dizalami.

Binatang pun memelihara anak.
Binatang pun berpasangan.
Menyesuaikan diri seadanya.
Bahagia bersama-sama.

Ikutlah budaya binatang.
ikutlah budaya harimau membesarkan anak sebaiknya.
ikutlah budaya gajah menjaga keselamatan anaknya.
ikutlah budaya memerang mengajar anaknya menangkap ikan.
ikutlah budaya helang bertanggungjawab pada keluarganya.

Jika engkau enggan mengikut budaya manusia.
ikutlah budaya haiwan yang baik itu.
Binatang pun berbudaya manusia.
Mengapakah pula manusia berbudaya binatang.

Tiadakah insan dalam diri manusia.
Hati cair dengan pujukan nafsu kejahatan.
Akal akhirnya dikuasai nafsu.

Ingatlah pada yang Satu.
Lihatlah cermin selalu.
kerana insaf ada di situ.

Rabu, 29 Disember 2010

Belajar membaca al.Quran.

Salam semua.

Sengaja saya -( link )- kan website di bawah ini semata-mata untuk kemudahan mereka yang ingin memanfaatkannya, melalui link ini anda boleh mendengar bacaan al.Quran dan menggunakannya sebagai alat bantuan mengajar dengan menggunakan klik ulangbaca yang disediakan pada setiap ayat.

Semasa kita mendengar bacaannya hendaklah perhatikan dan dengarkan betul-betul sebutannya dan kita hendaklah cuba meniru dan mengikut sebutan atau bacaan tersebut dengan tepat sedaya upaya. Insya Allah kita akan dapat memperelokkan dan mentahsinkan bacaan kita.

Klik di sini insya Allah akan sampai ke destinasinya.


Selasa, 14 Disember 2010

Kempen menutup aurat.

Salam semua.


Dari Laman Kehidupan Bersih.
Hari ini sebelum masuk waktu Subuh aku dah bangun dari tidur dan menggunakan sedikit masa membaca dan mencari maklumat di dalam blog dan Fb, terbaca mesej di "shoutbox" blog laman Kehidupan Bersih mengajak aku sertai kempen menutup aurat, dalam blogku memang terdapat tajuk yang semacam itu dan ramai pula yang membacanya sehingga tersenarai di "Popular Pages Today" -" berada pada no.4 dalam senarai pula, kedudukan ini berlaku sejak 28 April 2009, ini bermakna ramai yang suka membacanya, kalau nak membacanya klik di sini.

Berbalik kepada cerita ajak kempen tadi, aku pun klik baca artikel dia, bagus rupanya, ajakannya agak lembut, aku baca dua artikel depa, memang semuanya bagus-bagus belaka, aku rasa depa ni orang muda yang berpelajaran dan terdidik dengan sempurna, bertuah mak bapak depa.Maih kita baca cuma klik di sini ... mudah sangat ja


Sekian...wallahu aklam.

Selasa, 7 Disember 2010

Balik kampung.

Salam semua.

Balik kampung, singgah di Pekan Rabu.Membeli barang
keperluan yang susah didapati di tempat lain, barangan seperti kuah rojak yang ada um, kuih karas. ubat- ubatan tradisi dan lain-lain.Hari kedua pergi ke Bukit Kayu Hitam sekadar melihat perubahan .

Promosi cara masak kuih karas.

Minyak rambut, bedak sejuk penawar dan manisan lebah.

......................................


Sabtu, 6 November 2010

Kempen Derma Untuk Penduduk Gaza.


Salam semua.

Tadi ke Pasar Tani Shah Al
am terjumpa sukarelawan berkempen mendapatkan derma dari orang ramai untuk penduduk Gaza, kesengsaraan penduduk Gaza tidak perlu diceritakan lagi di sini, Kita sepatutnya menghulurkan sumbangan sekadar yang mampu .



Wallahu aklam.

Jumaat, 5 November 2010

Aku berkurung dalam rumah bukan kerana banjir.

Salam semua.

Hari ini aku berkurung di dalam rumah sejak pagi tadi, setelah bangun aku teringat pada keluarga di kampung, di antara mereka ada yang terl
ibat dengan bencana banjir, ada yang demam sejak seminggu yang lalu dan ada pula yang terlibat dengan kemalangan motorsikal, akibat kambing lintas laluan, manakala kambing itu pula ingin menyelamatkan diri dari ancaman banjir, kedua-duanya kini ( yang demam dan yang aksiden ) sedang dirawat dan berehat di hospital, semoga mereka cepat sembuh dan dapat keluar mencari rezeki seperti biasa. memang benar malang itu tidak berbau.

Ketika aku menulis artikel ini jam menunjukkan 2.25 petang, aku belum ke mana sehingga saat ini, bukan kerana terperangkap dengan banjir , kawasan aku tinggal ini tiada banjir, lewat petang nanti aku belum pasti, mungkin kereta aku yang aku hantar ke bengkel pagi semalam telah siap digantikan dengan komponen baru pada bahagian yang telah dikenalpasti rosak, kata mekanik anggaran kosnya lebih kurang RM100.00 +, apapun terpaksalah aku membayarnya setelah siap nanti, aku tidak keluar rumah bukan sebab anak kereta aku itu, sebab sebenar aku berkurung dalam rumah kerana aku ada banyak idea dan ilham untuk direalisasikan di dalam laman sesawangku ini, agaknya malam tadi aku minum akar kayu Iran yang disediakan isteriku ...hahaha..wallahu aklam...Sejak pagi tadi sehingga sekarang aku masih rasa ceria dan bersemangat untuk menulis , artikel yang aku poskan pada hari ini sahaja berjumlah 5 artikel termasuk artikel ini.

Semasa aku menulis aku tidak terasa keseorangan dan kesunyian, aku sebenarnya terasa seolah-olah sedang berbual dengan anda dan kekawan yang lain, ramai dari kalangan anda mengenaliku hanya melalui alam maya ini sahaja, tegasnya kawan maya, kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut diriku , aku mungkin seorang yang peramah dan senang diajak berbincang, walaupun wajahku kelihatan agak sombong atau bengis, kalau melihat pada wajah tanggapan anda akan terpesong.

Di antara tajuk yang telah aku tulis hari ini, mungkin anda ingin membacanya, sekiranya ingin membaca bolehlah merujuk dan klik di bawah ini untuk membacanya ; Di sini ,di sini
, di sini dan di sini.

Sebaik sahaja selesai artikel ini ditulis anak keretaku pun siap dibaikpulih kerosakannya. ( bukan gambar di atas, itu hanya daya tarikan sahaja ) Baru sebentar tadi mekanik menghubungiku dan memberitahu hal tersebut, sebentar lagi mekanik akan hantar dan aku terpaksalah menghantarnya balik pula ke bengkel, wau ketika itu pasti jalan raya sesak, semoga selamat pergi dan kembali, tawakkaltu alallah.


Sekian...wallahu aklam.